s
toleherba

Herba Resdung / Sinus

Apakah Sinus Sinusitis?

Sinus Sinusitis adalah apabila membran mukos yang mendapat jangkitan bakteria,virus atau kulat dan membengkak seterusnya menyebabkan ia menghalang pengaliran mukus atau bendalir daripada sinus di dalam hidung dan tekak.Akhirnya ia akan menyebabkan tekanan dan keradangan pada rongga sinus.

Apabila keadaan ini berlaku penghidap sinus sinusitis akan menghadapi masalah bernafas menerusi hidung. Anda juga akan merasa sakit dan tekanan pada bahagian muka. Anda mungkin mengalami sakit kepala,demam atau batuk yang berlarutan dan anda akan mendapati terdapat gejala alahan hidung seperti gatal hidung apabila anda makan makanan seperti makanan laut.

Jika anda tidak mendapat rawatan Sinus Sinusitis, ia boleh membawa kepada jangkitan yang lebih serius atau keadaan akan bertambah kronik.

Masalah sinus sinusitis juga dapat dikurangkan dengan rawatan akupunktur dan juga pengambilan ubatan herba.

 

 

Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.