toleherba

Herba Sakit Belakang (Slip Disc)

 

 

Herba Sakit Pinggang atau Sakit Belakang (Slip disc)

Secara umumnya, sakit pinggang atau sakit belakang ini sukar di kenalpasti punca sebenar kerana ia bukan hanya melibatkan bahagian pinggang atau belakang. Kebiasaanya golongan yang terdedah kepada penyakit ini ialah golongan yang berumur, ini kerana pada usia ini badan semakin lemah,  tulang dan sesendi mudah terseliuh.

Kebiasaannya, ia berlaku di sekitar bahagian tengkuk hingga ke punggung.Ini di sebabkan tulang belakang merupakan anggota penting bagi menyokong dan memberi kekuatan kepada badan. Sekiranya ia lemah maka mudah di serang sakit belakang atau sendi.

Bagi pesakit yang menghidap sakit belakang ini kebiasaannya pernah mengalami kemalangan, jatuh, membuat kerja berat yang memerlukan banyak tenaga atau peningkatan usia. Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan dengan Chinese Master, selepas di periksa dan di diagnosis oleh Chinese Master, rawatan akupunktur akan di lakukan. Jarum akupunktur akan di cucuk ke tubuh pesakit melalui titik-titik akupunktur yang telah di kenalpasti semasa diagnosis tadi untuk membenarkan aliran tenaga berlaku. Tempoh rawatan biasanya bergantung kepada tahap penyakit, tempoh masa di hidapi, sejarah sakit belakang, tahap kesihatan organ lain dan beberapa faktor lain. Ini kerana ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Bagi sesetengah pesakit mereka telah sembuh dengan 3 atau 4 kali rawatan dan pengambilan ubat herba yang di sediakan dan sesetengahnya pula mengambil masa yang lama.

 

Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.