toleherba

Herba Kolesterol Tinggi

Herba Kolestrol Tinggi

Ia merupakan keadaan di mana kolesterol dalam darah meningkat tinggi.Badan akan mengimbangi kolesterol yang diperolehi dari pemakanan seharian kita,apabila kolesterol berlebihan organ hati akan mengurangkannya tetapi bagi individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan mengambil makanan yang berlemak secara berlebihan badan tidak lagi mampu untuk mengimbangi keadaan ini dan menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat.

Antara faktor penyebab terjadinya sakit jantung ini adalah :
- Berketurunan menghidap penyakit jantung.
- Mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis(diabetes).
- Obesiti (Kegemukan)
- Perokok

Bacaan paras kolesterol

Paras kolesterol normal - di bawah 200mg/dl / 5.5mmol/L
Paras kolesterol LDL - kurang dari 130mg/dl
Paras kolesterol HDL - lebih dari 35mg/dl (#1.6 mmol/L)

Tahap kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan penyempitan salur darah yang boleh memberi risiko terhadap serangan jantung,strok(angin ahmar),angina (sakit dada),darah tinggi,kegagalan buah pinggang dan lain-lain.

Pemakanan dan cara hidup perlu di titik beratkan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain. Senaman secara konsisten juga perlu bagi memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan kecerdasan yang mencukupi.

 



Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.