toleherba

Herba Kardiovascular

Herba Koronari Jantung

Kardiovascular adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung. Di Malaysia kadar kematian yang melibatkan penyakit kardiovascular ini adalah yang paling  tinggi. Hasil kajian yang di jalankan kadar kemasukan dan penghidap sakit jantung bertambah dari sehari ke sehari, ini berkemungkinan kerana timbulnya kesedaran yang tinggi tentang pentingnya kesihatan dan lebih kerap melakukan pemeriksaan. Oleh sebab itu banyak pertambahan rekod baru yang tercacat.

Jantung merupakan organ penting dalam tubuh kita. Jika organ ini mengalami kerosakan, individu itu menanggung risiko yang tinggi dan berkemungkinan boleh membawa maut. Penyakit yang di kenali sebagai penyakit koronari jantung adalah di sebabkan oleh kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Arthrosklerosis adalah penyebab utama penyakit ini di hidapi, ia terjadi apabila terdapat gumpalan lemak dalam saluran darah dan seterusnya menyempitkan laluan darah beroksigen ke jantung. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian jantung bertukar menjadi biru kehitaman akibat kekurangan oksigen. Arthrosklerosis biasanya mengambil masa yang lama untuk terbentuk, ia di percayai terbentuk daripada kolesterol yang tinggi dalam darah. Pengurangan pengambilan lemak tepu yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi dapat membantu menangani masalah ini.

Kesan-kesan yang dapat di lihat pada pesakit ini ialah sesak nafas, tercungap-cungap, sakit dan lemah jantung, angina pektoris, degupan jantung yang luarbiasa dan penghidap juga boleh mengalami kematian secara mengejut. Sakit jantung terjadi akibat terjadinya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot menghalang pengaliran darah kerana saluran menyempit dan berlakunya pembekuan darah dan menyebabkan sel jantung mati akibat tidak menerima oksigen. Antara serangan jantung ialah merasa sakit di bahagian jantung, kesukaran untuk bernafas, badan sering berpeluh dan merasa loya. Namun dalam kes-kes sakit jantung yang tertentu tiada tanda-tanda yang di tunjukkan.

Faktor-faktor yang menyebabkan berisiko mendapat Penyakit jantung koronari

 

  • Mempunyai keturunan yang menghidap penyakit jantung
  • Mempunyai masalah berat badan 
  • Berusia 40 tahun ke atas
  • Perokok
  • Penghidap kencing manis dan darah tinggi
  • Pengambilan makanan yang mempunyai kadar kolesterol dan lemak yang tinggi
  • Kurang bersenam
  • Kurang mengambil sayuran dan buah-buahan

Bagi mereka yang merasai berisiko mendapat penyakit jantung koronari ini adalah di nasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat di samping senaman dan pengambilan makanan yang berserat tinggi. Pengambilan daging putih seperti ikan dan ayam dan mengurangkan pengambilan daging merah dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.