toleherba

Herba Jaundis (Demam kuning)

Herba Demam Kuning (Jaundis)

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. 

Lebihan bilirubin dalam badan menyebabkan terjadinya kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan putih mata dan ini di namakan jaundis. Jaundis tidak akan terjadi sekiranya bilirubin dapat di singkirkan oleh hati dengan cepat berbanding dengan penghasilannya. Biasanya ia di bebaskan melalui najis. Jaundis di kalangan bayi amat di takuti kerana boleh merosakkan otak bayi. Bayi perlu di beri rawatan segera tidak kira apa punca jaundis berlaku.

Jaundis juga mungkin di sebabkan oleh kekurangan enzim dalam badan seperti G6PD atau perbezaan darah antara ibu dan anak. Paras bilirubin yang tinggi dalam sel darah boleh mengakibatkan jaundis dan sekiranya tidak di kawal dengan segera akan menyebabkan kerosakan otak berlaku.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.