toleherba

Herba Insomnia

Apakah itu Insomnia?

Insomnia ialah masalah yang berkaitan dengan tidur. Penghidap insomnia mengalami kesukaran untuk melelapkan mata dan tidur yang sering terganggu.

Insomnia boleh di bahagikan kepada beberapa kategori :

Kategori Pertama ialah dinamakan peralihan. Penghidap insomnia jenis ini biasanya akan mengalami masalah tidur dari satu malam kepada beberapa minggu.

Kategori kedua pula di kenali sebagai "intermittent" iaitu terputus-putus. Biasanya penghidap insomnia jenis ini mengalami masalah kesukaran untuk tidur yang berkala dari semasa ke semasa. Mereka tidak mengalami masalah tidur yang berlarutan setiap hari.

Kategori Ketiga pula adalah insomnia yang berlarutan dari sehari dan berlarutan sehingga melebihi sebulan. Penghidap insomnia jenis ini perlu menerima rawatan dan di anggap mengalami insomnia yang teruk.

Terdapat beberapa faktor penyebab Insomnia ini berlaku. Bagi penghidap insomnia kategori pertama dan kedua, kebiasaannya di sebabkan oleh :

1. Masalah suhu yang melampau

2. Tekanan perasaan, stress, masalah hidup atau bimbang.

3. Persekitaran yang bising.

4. Perubahan sekeliling disebabkan perpindahan dan perubahan waktu tidur

5. Kesan daripada pengambilan ubat-ubatan.

6. Keletihan di sebabkan oleh waktu kerja yang tidak menentu atau dalam tempoh yang panjang.

Bagi penghidap insomnia kategori ketiga iaitu insomnia yang berpanjangan dan dianggap teruk (kronik), kebiasaannya faktor penyebab adalah di sebabkan oleh :

1. Menghidap penyakit seperti asthma, arthritis, parkinson, jantung, ulser dan lain-lain.

2. Keadaan lain ialah masalah hati yang tidak dapat berfungsi dengan baik

3. Masalah Mental, kerisauan dan kemurungan.

4. Tabiat yang tidak baik seperti tidur di sebelah petang atau maghrib.

5. Tabiat seperti merokok sebelum tidur dan pengambilan alkohol atau pengambilan kafein yang berlebihan.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.