toleherba

Herba Hepatitis B

HERBA HEPATITIS B

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit wabak (epidemik). Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Bagaimana Hepatitis B merebak?

Virus Hepatitis B merebak melalui cecair dalam badan pembawa. Ia lebih mudah berjangkit jika dibandingkan dengan virus HIV. Antara cecair badan adalah seperti darah, air liur,air kencing,susu badan dan lain-lain. Penyakit hati yang kronik boleh menyebabkan barah cirrhosis hati. Tetapi kebanyakan jangkitan adalah melalui pemindahan darah.

Hepatitis B ini merebak melalui jangkitan samada secara;

- Jika pesakit menerima darah yang tercemar Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.
- Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.
- Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Terdapat juga beberapa cara lain virus ini boleh di sebarkan.

Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan Hepatitis B ini ialah:
- Selalu merasa mual dan muntah
- Mengalami cirit-birit
- Selera makan berkurangan
- Sering sakit kepala
- Merasa lemah dan keletihan
- Demam dan selesema.

Kita akan dapat melihat kesan daripada pemindahan virus ini pada badan penghidap seperti kulit akan kelihatan kekuningan, kencing kotor (berwarna gelap),najis keputihan dan hati mula membengkak.

Antara golongan yang berisiko tinggi mendapat virus Hepatitis B

- Penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan. Pemindahan virus terjadi apabila penagih yang mempunyai virus ini berkongsi jarum dengan penagih lain. Cecair yang tercemar pada jarum suntikan akan di pindahkan.

- Individu yang bekerja dalam bidang kesihatan seperti doktor gigi, jururawat dan pekerja yang melibatkan diri dengan ramai orang.

- Bagi individu yang gemar bertukar-tukar pasangan risiko yang di hadapi adalah sama seperti HIV.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.