toleherba

Herba Putus Haid

Herba Putus Haid (Menopause)

Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya dan isyarat di mana pada masa ini badan tidak lagi subur. Keadaan ini terjadi apabila ovari (kelenjar yang menghasilkan telur dan hormon estrogen) berhenti berfungsi. Kebiasaannya fenomena ini mengambil masa 2 hingga 3 tahun secara beransur-ansur. Ianya bermula seawal usia 40an ke pertengahan 50an. Perimenopause adalah jangkawaktu yang diambil semasa proses putus haid berlaku. Semasa perimenopause berlaku terdapat pertukaran hormon yang menyebabkan badan dan perasaan tidak stabil. Pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan ini menyebabkan paras hormon dalam badan menjadi tidak stabil. 


Tanda-tanda dan gejala Menopause :

 

  • Biasanya bagi wanita yang mengalami menopause bahagian muka akan kemerah-merahan, panas dan sering berpeluh terutama pada waktu malam dan ini menyebabkan kesukaran untuk tidur.
  • Kedatangan haid yang tidak seragam seperti tempoh masa yang lebih singkat, pengeluaran darah yang sedikit atau banyak dalam tempoh 2 tahun atau lebih dan haid berhenti untuk beberapa bulan dan datang semula.
  • Terasa sakit semasa melakukan persetubuhan kerana faraj menjadi kering.
  • Kekerapan untuk membuang air kecil dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada saluran kencing dan faraj.
  • Sering mengalami sakit kepala dan pening.
  • Payudara menjadi lembut, kulit berkedut dan mengalami keguguran rambut.
  • Bahagian abdomen menjadi tidak selesa. Terasa kembung dan jisim tulang berkurangan(osteoporosis).
  • Apabila paras estrogen menurun risiko mendapat serangan jantung adalah tinggi.
  • Emosi juga akan terganggu seperti mudah marah dan meradang.
  • Mengalami masalah ingatan dan kurangnya daya tumpuan.
  • Lebih bersikap murung,sering tertekan dan tegang.

 

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 
toleherba
By Aen.