toleherba

Herba Epilepsi

 

Apakah itu epilepsi?

Epilepsi ialah gangguan fungsi otak yang disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada aliran tenaga yang mengawal operasi otak. Di kalangan masyarakat melayu ianya di kenali sebagai sawan atau gila babi.

Penghidap epilepsi akan mengalami sawan berulang kali secara tiba-tiba. Keadaan ini terjadi apabila sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impul elektrik secara seiringan dan menyebabkan tingkah laku, deria dan perasaan penghidap mendapat gangguan yang bersifat sementara.

 

Sebab-sebab berlakunya epilepsi

(Epilepsi idiopatik) penyebab gangguan ini tidak dapat dikenalpasti dan penghidap dianggarkan melebihi 70 peratus. Manakala bagi sesetengah kes dalam lingkungan 30 peratus kes mungkin disebabkan oleh:

- Kecederaan otak janin semasa dalam kandungan atau semasa kelahiran.
- Gangguan bekalan oksigen ke otak di sebabkan penyempitan saluran darah ke otak.
- Penghidap ketumbuhan otak, radang otak disebabkan oleh bakteria atau mengalami strok (angin ahmar).
- Faktor genetik juga boleh menyebabkan epilepsi berlaku. Diantara penyebabnya adalah perubahan paras gula dalam darah, kerosakan hati atau buah pinggang.
- Penyalahgunaan dadah dan keracunan.

Faktor lain tercetusnya epilepsi adalah disebabkan tekanan yang tinggi, kurang rehat atau kekurangan tidur, jangkitan kuman dan alkohol yang berlebihan.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

Berapa Tinggikah Tahap Kesedaran Autism Anda?

 

Dapatkan Panduan Mengenai "Eczema Cure" di Sini!

 

 
toleherba
By Aen.