toleherba

Herba Endometriosis

Masalah yang sering di hidapi oleh kaum wanita antaranya :

Penyakit Endometriosis

Penyakit Adenomyosis ini merupakan satu jenis penyakit yang luarbiasa tetapi kebanyakan wanita mengalaminya. Antara masalah yang sering di hadapi wanita yang menghidap penyakit ini ialah senggugut, kesakitan, kemandulan atau keguguran yang berulang kali selain masalah pembuangan air kecil dan pendarahan. Ianya terjadi apabila satu lapisan tisu dari selaput dalam rahim yang di kenali sebagai "endometrium" telah tumbuh di luar rahim. Biasanya selaput ini akan luruh bersama darah dari rahim yang di panggil sebagai darah kotor atau darah haid.

Bagaimana keadaan ini terjadi

Antara faktor yang menjadi penyebab kepada Adenomyosis ini berlaku ialah di mana darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang melalui saluran fallopia, ini mungkin di sebabkan oleh kedudukan rahim yang luarbiasa iaitu ke belakang ke arah tulang tongking(retroverted uterus). Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Namun hakikat sebenarnya tidak dapat di pastikan.

Antara faktor lain yang sering di kaitkan dengan permasalahan Adenomyosis ini ialah ianya sering berlaku di kalangan wanita yang sering mempunyai tekanan (stress), mudah gelabah, terlalu memikirkan dan mementingkan kerjaya, yang mempunyai IQ yang tinggi dan sistem ketahanan badan telah lemah. Oleh itu tisu yang sepatutnya keluar menyerang kembali badannya sendiri. Apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu ia akan mulai tumbuh dan menebal akibat daripada rangsangan hormon wanita semasa pusingan haid dan lapisan ini juga akan mengeluarkan darah semasa haid berlaku.

Tempat tempat luar biasa yang sering di tumbuhi oleh lapisan ini ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang kala ianya juga tumbuh di tempat seperti parut bekas pembedahan tidak kira sama ada semasa melahirkan anak ataupun pembedahan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar "Adenomyosis".

Tanda-tanda dan gangguan

Senggugut

Senggugut ataupun kesakitan di bawah perut dan pinggang, merupakan tanda-tanda yang paling kerap berlaku bagi penghidap penyakit ini. Senggugut biasanya di alami seawal usia remaja dan kemungkinan tidak akan reda walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Tetapi sesetengah wanita senggugut akan hilang sebaik sahaja melahirkan anak. Pesakit biasanya akan merasa sakit yang keterlaluan sebelum kedatangan haid, ianya akan terasa disekitar bahagian ari-ari dan juga di bahagian pinggang. Biasanya kesakitan akan reda sebaik dua atau tiga hari tetapi jika endometriosis ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan dan ketika membuang air besar. Ini adalah disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Ketidaksuburan/Mandul

Masalah besar lain yang di hadapi ialah masalah ketidaksuburan atau madul. Masalah ini merupakan masalah besar bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Rawatan akupunktur merupakan salah satu rawatan yang berkesan dan mampu mengembalikan tenaga pada badan di samping memulihkan masalah yang dihadapi. "Master" mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini disamping kajian-kajian yang di lakukan. Rawatan akupunktur dan akar kayu(herba) di sini mampu mengembalikan kebahagiaan anda.

Di antara sebab mengapa penghidap penyakit ini menghadapi masalah kemandulan atau ketidaksuburan ini ialah ianya boleh kerosakkan kilang telur dan menyebabkan benih tidak dapat keluar dan kemungkinan lain ialah kerosakan pada saluran fallopia yang menyebabkan benih lelaki tidak dapat masuk bertemu dengan telur perempuan. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang menyebabkan kematian benih dan telur atau embrio dan seterusnya akan mengganggu hormon yang mengawal kesuburan wanita. Namun ada juga wanita yang menghidap penyakit ini didapati mengandung..

Keguguran

Keguguran juga boleh berlaku di peringkat awal bagi penghidap penyakit ini. Sebab sebenar tidak dapat di pastikan, namun kemungkinan besar endometriosis mengganggu hormon wanita dan menyebabkan keracunan yang boleh membunuh atau menggangu pertumbuhan janin. Kemungkinan wanita ini boleh mengalami keguguran yang berulang kali.

Kebiasaannya pembedahan di jalankan untuk membuang lapisan ini namun punca sebenar tidak di ketahui, oleh itu kemungkinan besar ianya akan tumbuh kembali. Pembedahan yang berulang kali akan memberikan kemudaratan.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.