toleherba

Herba Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi (High Blood)

Apa itu Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi

Darah tinggi merupakan penyakit yang sering di hidapi kebanyakan penduduk di Malaysia. Sebenarnya permasalah ini terlalu kompleks untuk diuraikan, tetapi faktor penyebabnya ialah tindak balas tidak normal dalam salur darah menyebabkan tekanan meningkat dari kadar biasa. Peningkatan tekanan dari kadar normal akan menyebabkan kerosakan pada organ dan juga pemendapan plak kolestrol pada salur darah. Tekanan normal bagi seorang dewasa ialah di antara 110 dan 130mmHG (tekanan sistolik) dan 70 dan 80mmHG (tekanan diastolik).

Komplikasi dari tekanan darah tinggi
- Kerosakan buah pinggang
- Serangan jantung
- Angin ahmar
- Kegagalan jantung berfungsi.

Faktor atau penyebab tekanan darah tinggi
- Obesiti (Berat badan berlebihan)
- Kerap mengambil makanan yang mempunyai kadar kolestrol dan lemak yang tinggi.
- Pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan.
- Keturunan ( Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai darah tinggi kadar risiko untuk menghidapi adalah tinggi)

Gejala atau tanda-tanda mendapat tekanan darah tinggi.

Pada umumnya tidak terdapat tanda-tanda atau gejala mendapat tekanan darah tinggi ini namun ada sesetengah orang mendapat tanda-tanda seperti:

  • Sakit Kepala.
  • Pitam atau pengsan.
  • Sakit di bahagian tengkuk.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.