toleherba

Herba Barah Rahim

Penyakit Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

Serviks atau pangkal rahim adalah tempat di mana janin berkembang. Kedudukan pangkal rahim ini adalah berdepan dengan faraj. Barah pangkal rahim pula terjadi apabila sel-sel yang tidak normal mula tumbuh dan seterusnya membentuk satu ketumbuhan. Jika sel-sel ini tidak di kawal dengan cepat, ia boleh merebak ke seluruh sistem badan melalui saluran darah. Barah pangkal rahim merupakan penyakit kedua terbesar yang menyerang kaum wanita di Malaysia. Pencegahan di peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa kerana penyakit ini mengambil masa yang lama untuk berkembang.

Tanda-tanda awal Barah Pangkal Rahim (Serviks)

  • Faraj berair dan berbau.
  • Merasa sakit semasa melakukan hubungan seks.
  • Pendarahan selepas melakukan hubungan seks.
  • Pendarahan antara waktu haid atau selepas putus haid.

Faktor atau penyebab barah pangkal rahim

- Kebiasaannya bagi pengamal tabiat seks yang kurang sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap penyakit barah pangkal rahim ini. Ini kerana ia adalah antara faktor atau risiko menghidap penyakit ini iaitu melakukan seks pada usia yang muda atau mempunyai ramai pasangan (bertukar-tukar pasangan)
- Jangkitan kuman akibat tidak menjaga kebersihan diri atau menghisap tembakau.
- Pendarahan selepas melakukan hubungan seks.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.