toleherba

Herba Barah Payudara

 

 

Herba Barah Payudara

Barah payudara, barah pembunuh utama kaum wanita. Namun punca sebenar penyakit ini masih samar, menurut penyelidik faktor genetik dan persekitaran mempengaruhi punca penyakit barah payudara ini.

Hasil tindabalas sel yang bermula dari bahagian payudara menyebabkan ketumbuhan malignan berlaku. Hasil tindakbalas sel ini akan menyerang organ-organ lain dalam badan jika kadar pertumbuhan melebihi dari keperluan organ.Sel barah payudara ini boleh menyerang organ lain kerana sel-sel ini mampu membebaskan diri dari ketumbuhan asal dan memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan. Ini merupakan satu cara bagaimana sel ini berkembang ke seluruh organ dalam badan jika tiada langkah pencegahan dilakukan.

Antara tanda-tanda yang dapat dilihat bagi pesakit ini ialah:barah payudara

Tanda yang paling ketara ialah pada payudara itu sendiri. Kita akan dapat merasakan perubahan saiz dan rupa payudara. Kebiasaannya terdapat lekuk pada kulit dan terdapat ketulan di payudara. Manakala pada bahagian puting dapat dilihat terdapatnya ruam disekitar puting dan berdarah (jarang berlaku). Puting akan tertarik kedalam dan terdapat cecair padanya. Antara tanda lain ialah terdapat ketulan atau bengkak disekitar ketiak dan sakit.

Namun sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas tidak semestinya anda menghidap barah payudara.Kadangkala faktor usia atau datang bulan (haid) juga mempunyai tanda-tanda yang hampir sama. Oleh itu anda di nasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan sekiranya terdapat perubahan pada payudara anda.

 

Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.