toleherba

Herba Barah

Herba Untuk Rawatan Barah Dan Ketumbuhan - Malaysia

Barah di kaitkan dengan ketumbuhan atau tumor yang memberi kesan buruk kepada badan. Terdapat pelbagai jenis barah diantaranya :

- Kulit (Melanoma)
- Darah (leukemia)
- Kelenjar (lymphoma)
- Payudara
- Usus
- Rahim

Penyakit ini mudah merebak dari satu organ ke organ yang lain di dalam badan sekiranya tidak dirawat dengan kadar yang segera. Barah boleh dikategorikan kepada beberapa tahap bergantung kepada tahap penyebarannya(metastasis). Rawatan segera mampu mengurangkan risiko penyebarannya ke organ-organ yang lain didalam badan. Selain pembedahan, rawatan radioterapi atau kemoterapi dilakukan bagi mengawal sel barah daripada merebak.

Cara hidup sering di kaitkan dengan penyakit ini, oleh itu kita boleh menjauhi barah sekiranya menitik beratkan soal kesihatan diri dan persekitaran. Antara perkara-perkara yang mampu untuk mengurangkan risiko barah ialah :

 

  • Berhenti merokok. Merokok merupakan penyebab utama barah paru-paru, mulut dan beberapa organ lain.
  • Kurangkan berat badan. Berat badan yang berlebihan juga menjadi penyebab kepada barah antaranya barah uterin. Ini kerana kegemukan biasanya dikaitkan dengan lemak dan menyebabkan estrogen dalam darah bertambah.
  • Bersenaman. Senaman mampu mencegah penyakit jantung dan tulang namun senaman yang berlebihan juga tidak di galakkan.
  • Pemakanan juga menyumbang kepada masalah barah. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di katakan mampu mencegah barah kerana terdapat bahan yang dinamakan psitokemia yang mempunyai keupayaan mencegah barah secara semulajadi.
  • Karsinogen yang berlebihan dalam badan mampu menyumbang kepada barah terutama barah usus dan prostat. Karsinogen merupakan kompenen yang banyak terdapat di dalam daging. Oleh itu pengambilan daging dalam pemakanan seharian haruslah dikurangkan.
  • Alkohol atau minuman keras juga menjadi pendorong kepada barah.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.