toleherba

Herba Autisme

 

 

Apakah Autisme?

Gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa dan ini di namakan Autisme. Mereka mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak boleh menyampaikan secara langsung kepada orang di sekeliling seolah-olah mereka hidup dalam dunia mereka sendiri.

Simptom-simptom yang dapat di lihat :

  1. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.
  2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.
  3. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.
  5. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.
  6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.
  7. Perasaan marah,sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.
  8. Memutar dan menggoyangkan barang.
  9. Tiada berhubungan mata (no eyes contact), apabila nama di panggil atau bercakap.
  10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.
  11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.
  12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.
  13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  14. Tidak suka di peluk atau di dakap.
  15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.
  16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.
  17. Mendapat gangguan ketika tidur.
  18. Perlakuan yang bongkok.

Penghidap Autisme - Malaysia

Menurut kajian perubatan, kadar kejadian adalah 5:10,000 orang. Sebanyak 4 kali ganda lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan dan terjadi tanpa mengira bangsa, kaum, taraf sosial dan ekonomi di seluruh pelosok dunia. Kebanyakan penghidap penyakit ini mempunyai kelebihan intelektual yang luas berbanding dengan individu yang mempunyai masalah rencatan mental yang lain. Kebiasaannya, kira-kira 1/3 daripada mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang mengira, melukis, muzik dan jigsaw puzzle walaupun menghadapi masalah pertuturan.

Mereka juga perlukan penjagaan yang rapi kerana penghidap penyakit ini suka mencederakan diri sendiri, ini di sebabkan tindak balas rangsangan kesakitan yang lemah.

Kes yang berjaya di rawat - Malaysia

Zi Ran berusia 4 tahun semasa menjalani rawatan di sini. Pada peringkat awal, ibu bapanya telah membawa berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti masalah anak mereka dan ketika berusia satu tahun doktor telah mengenalpasti masalahnya iaitu autisme. Sebagai ibu bapa, mereka membawa anak mereka menjalani rawatan doktor pakar dan terapi bagi mengatasi masalah anak mereka. Namun tidak banyak perubahan besar yang dapat di lihat. Tiada hubungan mata semasa nama di panggil atau apabila bercakap dengannya, tiada reaksi muka dan hanya menunjuk apabila hendakkan sesuatu. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya melainkan bunyi yang di buat. Dia tidak dapat berkongsi apa yang dia suka dan tidak bersama dengan adik dan kedua ibu bapanya. Apa yang dapat di lihat di sini ialah dia hanya dengan dunianya dan tidak dapat mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga tidak dapat memberi tumpuan pada sesuatu perkara dan akan menjerit dan memberontak apabila tidak mendapat sesuatu atau perkara yang diingininya tidak menjadi seperti yang di kehendaki.

Pada suatu hari ibu bapa mereka mendapat tahu dari seorang kenalan bahawa Chinese Master merupakan salah seorang doktor yang mengamalkan teknik perubatan Cina (akupunktur) yang di iktiraf seluruh dunia dan terkenal di Malaysia. Mereka mendapat tahu bahawa Chinese Master telah berjaya merawat kanak-kanak yang senasib dengan anak mereka dan memberikan mereka hidup yang baru. Kenalan mereka itu juga pernah menerima rawatan daripada Chinese Master dan telah pulih. Dia juga memberitahu bahawa semasa menjalani rawatan dengan Chinese Master, dia telah melihat banyak kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme ini telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan menyuruh mereka mencuba rawatan Neuro Akupunktur dan juga ubatan herba.

Selepas membuat temujanji dengan Chinese Master dan berjumpa buat kali pertama, mereka menerangkan keadaan yang di hadapi anak mereka. Chinese Master mengunakan kaedah NEURO Qi GONG dan Akupunktur untuk Zi Ran. Menurut Chinese Master tenaga atau "Qi" di otaknya tidak berjalan lancar dan untuk 30 minit pertama keadaannya sukar di kawal dan dia tidak boleh duduk setempat dan mengganggu kanak-kanak lain bermain. Sekiranya tidak di benarkan bermain bersama dia akan menjerit dan memberontak sehingga sukar di kawal oleh ibu bapanya. Rawatan di teruskan sehingga 30 minit lagi.

Zi Ran masih meneruskan rawatan, pada hari ketiga dia sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Dia sudah mampu melihat mata ibunya lebih dari 10 saat dan memberi reaksi apabila namanya di panggil oleh bapanya. Dia meneruskan rawatan untuk beberapa bulan dan perkembangan amatlah memberangsangkan. Orang ramai (regular patient) juga melihat perkembangannya setiap hari dan dia sudah 80% pulih.

Bermula dengan "0" komunikasi, kini dia sudah mampu bercakap,menjawab soalan yang di ajukan kepadanya dan bermain dengan orang di sekelilingnya. Masalah hiperaktif juga sudah dapat di kurangkan dan dia lebih suka belajar terutamanya matematik. Dia juga sudah dapat memberikan lebih tumpuan kepada sesuatu perkara dan bukan lagi terikat dengan dunianya sendiri. Sekarang dia sudah 90% pulih, keluarga dan kenalan mereka begitu gembira dengan perkembangan terkini Zi Ran dan sangat berterima kasih kepada Chinese Master kerana memberi perubahan kepada Zi Ran dan keluarganya.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

Berapa Tinggikah Tahap Kesedaran Autism Anda?

 

Dapatkan Panduan Mengenai "Eczema Cure" di Sini!

 

 
toleherba
By Aen.