toleherba

Herba Aplastik

Herba - Anemia Aplastik Idiopatik - Malaysia

Anaemia jenis ini berlaku apabila semua sel darah merah gagal di bentuk dengan sempurna oleh sumsum tulang. Biasanya ini disebabkan oleh tindakbalas badan terhadap selnya sendiri. Rawatan yang di terima dari masalah kesihatan pencetus terjadi anemia aplastik idipatik. Sebagai contoh rawtan kemoterapi, terapi radiasi, kehamilan atau racun seperti benzena dan arsenik.

Gejala atau tanda-tanda penghidap anaemia

  • Penghidap akan mengalami keletihan yang teruk dan pucat.
  • Merasa lemah dan sesak nafas apabila melakukan aktiviti yang berat.
  • Dengupan jantung menjadi cepat dan tidak sekata.
  • Mengalami ruam pada badan dan sering mengalami pendarahan pada hidung.
  • Bahagian tertentu badan juga mudah meninggalkan kesan lebam.

Pemakanan dan rehat yang cukup mampu membantu anda mengawal penyakit anaemia ini. Bagi rawatan moden pemindahan darah dan platlet biasanya dilakukan untuk mengatasi masalah ini namun sekiranya penyakit anaemia ini berada pada tahap yang serius pemindahan sumsum tulang akan dilakukan. Pemindahan sumsum tulang hanya boleh di lakukan pada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Ini kerana bagi mereka yang telah berusia pemindahan ini akan memberi risiko yang tinggi kepada penghidapnya.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 

 
toleherba
By Aen.