toleherba

Herba ADHD

 

 

Herba - ADHD (Attention-Deficit (Hyperactive) Disorder

Apakah "hyper-active, ADHD dan ADD?

ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active" adalah pengambilan gula yang berlebihan daripada kapasiti seseorang terutama kanak-kanak mengakibatkan tindakbalas dan rangsangan otak ke atas otot dan fungsi anggota badan.

Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji.

Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.

Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan penigkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah mata memfokus terlalu cepat, badan kerap berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.

Antara ciri-siri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu tidak dapat memberi perhatian kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting. Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang diberikan serta lebih suka bermain dan mengusik rakan-rakan yang lain. Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.

Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mula kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mula berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan diperingkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik dilakukan. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda sindrom ADHD atau ADD.

Kebiasaannya kanak-kanak ini mengalami masalah :

  • Sukar memberi tumpuan terhadap kerja (cuai).
  • Sukar meneruskan kerja sebagai contoh kerja sekolah yang di berikan oleh guru untuk diselesaikan di rumah.
  • Tidak dapat menjadi pendengar yang baik. Oleh itu mereka gagal menerima arahan yang di berikan. Ini memberi kesukaran kepada mereka menerima pembelajaran.
  • Bagi kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran,mereka akan mengelak dan tidak memberi perhatian.
  • Mereka sering kehilangan barang walaupun melibatkan perkara rutin seperti kehilangan buku kerana tidak dapat mengingati dan kurang fokus.
  • Mereka ini terlalu aktif dan lebih suka melakukan aktiviti yang lasak dan merbahaya. Oleh itu setiap pergerakan mereka perlukan perhatian yang rapi.
  • Mereka lebih suka menguasai persekitaran, marah dan menjerit tanpa sebab tertentu.
  • Ada di antara kanak-kanak ini mampu melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa agar kemahuan mereka di turuti.
  • Mereka tidak suka di paksa atau menuruti perintah.

Perkara yang boleh di lakukan :

  • Kanak-kanak ADHD tidak boleh di biarkan bersendirian atau bermain dengan kanak-kanak yang lebih muda dari mereka.
  • Jauhkan alatan atau senjata yang merbahaya.
  • Perlu memberi lebih perhatian dan tumpuan kepada mereka.
  • Perlu mengajar perkara yang perlu seawal usia agar mereka boleh membezakan perkara yang perlu dan tidak.
  • Perlu membuat teguran dengan cara yang betul sekiranya mereka melakukan kesalahan.
  • Sekiranya di hadapan orang jangan selalu menyindir atau merendah-rendahkan kebolehan mereka.
  • Percakapan perlu di jaga di hadapan mereka kerana mereka mudah meniru apa yang di lakukan.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

Berapa Tinggikah Tahap Kesedaran Autism Anda?

 

Dapatkan Panduan Mengenai "Eczema Cure" di Sini!

 
toleherba
By Aen.