toleherba

Herba ADD

 

Herba Rawatan Attention-Deficit Disorder (ADD)

Gejala yang dapat dilihat bagi sindrom ADD ini ialah kurang memberi perhatian, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Ini adalah Gejala-gejala yang ketara yang dilihat dikalangan kanak-kanak ADD.

Kebiasaannya mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang penting contohnya di bilik darjah, dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru sedang mengajar. Ini merujuk kepada daya perhatian yang singkat, bersikap tidak serius dan kurang daya untuk membuat keputusan dan pilihan. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ADD ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila ditanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak dimana bersikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.

Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah :

  • Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai)
  • Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah)
  • Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang diberikan. Oleh itu kanak-kanak ADD ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
  • Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi perhatian kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran.
  • Kerap terlupa dan selalu kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan.
  • Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya.
  • Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran.
  • Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.
  • Tidak suka di paksa atau menuruti perintah.

Antara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini antaranya cuma mengasingkan pelajar lelaki yang bertindak agresif di dalam kumpulan pelajar perempuan. Ini kerana sikap mudah terpengaruh dapat mengurangkan tindakan agresif mereka. Ibu bapa juga perlu mengawal pemakanan mereka, kerana ada pendapat umum menyatakan bahawa makanan ringan boleh menyebabkan masalah ini terjadi dan telah terbukti melalui kajian sains.

Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :

  • Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.
  • Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.
  • Mereka perlu diberi lebih perhatian dan diajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.
  • Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.
  • Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.
  • Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.

Menurut sains ADD ini terjadi semenjak didalam kandungan. Pengambilan ubat-ubatan secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh memberi kesan kepada kanak-kanak. Kajian yang di lakukan menunjukkan tahap glukosa asli bagi kanak-kanak ADD ini adalah rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Ini bermakna glukosa asli adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

Berapa Tinggikah Tahap Kesedaran Autism Anda?

 

Dapatkan Panduan Mengenai "Eczema Cure" di Sini!

 
toleherba
By Aen.