toleherba Toleherba

Herba Jerawat

Herba Untuk Jerawat Dan Masalah Kulit

Masalah jerawat adalah satu masalah yang boleh di anggap umum terutama bagi golongan remaja dan di peringkat awal baligh. Kebanyakan orang hanya beranggapan jerawat hanya tertumpu pada sekitar muka terutama bahagian dahi. Namun begitu dari segi perubatan ianya di rujuk sebagai inflamasi kelenjar sebum dan istilah lain ialah akne atau akne vulgaris. 

Punca Atau Sebab

Secara terperinci permasalahan ini tidak dapat di kenalpasti,namun secara umumnya ia di kaitkan dengan ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Terdapat juga beberapa faktor lain yang di kaitkan dengan pertumbuhan jerawat iaitu faktor keturunan, bakteria, tekanan dan keadaan cuaca.

Secara amnya kita dapat lihat perubahan hormon boleh menyebabkan pengeluaran jerawat yang amat ketara. Biasanya diawal usia 17 dan 19 tahun dan ianya berkurangan apabila seseorang itu mencapai usia di pertengahan 20an.Namun bagi sesetengah orang masalah ini masih berterusan sehingga mencecah usia 40an. 

Bagi kaum wanita masalah jerawat mungkin bertambah ketika hamil atau haid. Namun bagi sesetengah fakta menyatakan kaum lelaki lebih terdedah kepada jerawat berbanding kaum wanita. 

Pemakanan juga di katakan mendorong kepada timbulnya masalah jerawat. Makanan seperti coklat, kekacang, makanan laut seperti udang dan sotong serta makanan berminyak di katakan memberi kesan kepada masalah ini. 
Dari segi perubatan moden para doktor tidak dapat memberi jawapan yang tepat berhubung dengan faktor pemakanan mendorong kepada pertumbuhan jerawat. Namun daripada pengalaman individu yang terlibat menunjukkan ada perkaitan antara pemakanan dan masalah jerawat.

Simptom-simptom jerawat -

Kesan daripada jerawat ini boleh menyebabkan tekanan psikologi. Bagaimana ianya terjadi ialah apabila seseorang menghadapi masalah jerawat yang teruk dan meninggalkan parut yang tidak pernah hilang maka keyakinan terhadap diri sendiri akan berkurangan dan boleh menyebabkan tumpuan terhadap kerja atau pelajaran akan terganggu. Ini merupakan tekanan psikologi yang kerap terjadi maka langkah awal merawat masalah ini amatlah penting.

Untuk menghindari jerawat bertambah teruk kita tidak di galakkan memicit jerawat. Jika ini terjadi ia akan meninggalkan kesan atau parut. Oleh itu kita di sarankan agar mencuci muka dengan sabun berubat dua kali sehari dengan lembut agar jerawat dapat di kawal.

Kita juga perlu mengelak kulit daripada terdedah kepada keadaan yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Dengan diet yang betul dan seimbang, minum air yang banyak dan bersenam secara tetap mampu membantu mengatasi masalah ini.



Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

 

 

 
ToleHerba
By Aen.